Monday, 24 August 2020

Bercuti di Semenyih 3H2M

Assalamualaikum..

Hari ni admin nak kongsikan pengalaman dan aktiviti yg boleh kita lakukan apabila menginap di Kufi Homestay d'semeyih. 3H2M.

1 Day
Check in dan bersantai2 sebelum anak2 sebuk minta nak ke kolam. IBU2 akan sebuk menyiapkan juadah minum ptg. Jgn risau kelengkapan memasak mmg disediakan. Nak beli barang basah xsusah pun, paling dekat di Eco Taipan. Kedai runcit banyak. Kalau xcukup LG boleh la meneruskan ke Econsave atau Tesco. Dekat je .

2 Day
Pagi boleh terus cergas dan pergi ke The Parc . Aktiviti yg boleh dilakukan berjoging, main badminton, main bola, dan anak2 kecik pasti teruja nak melakukan aktiviti panjat memanjat. Jgn lupa ambil gambar di puncak bukit. Blh nampak Apartment d'Cerrum juga.

Ptg apa lagi mandi kolam. Menu malam jgn risau boleh cuba makan di luar... Nak ke Satay Kajang pun xjauh. Selain tu nak shopping2 sikit ala kadar boleh ke Eco Taipan.... MCM2 ada... Kedai Setia Rm2, Mr DIY, Family Mart, kedai runcit dan lain2... Boleh LA p sendiri... Nak cerita xhabis.

3 Day 
Pagi...jgn lepaskan peluang terakhir..anak2 mesti xpuas mandi. Ayah2 boleh ke gym. Dan akhir sekali cheak out sudah.... 

Aktiviti penuh. Pasti anak2 suka. 




Mari Bercuti

 Assalamualaikum semua...


Lama admin Tak update blog Kufi Homestay d'semeyih. Alhamdulillah sejak pkpp ini,Kufi Homestay d'semeyih beroperasi seperti biasa setelah 3 bulan tidak beroperasi.


Utk pkpp ini ... Kemudahan kolam renang dan gym dibenarkan tetapi ada perubahan waktu. Masa yg dibenarkan bermula jam 9 pagi - 9 malam. Yang penting semua mesti mengikuti SOP yg telah ditetapkan. Jangan lupa tulis nama sebelum terjun ke kolam.... heheheh

#kitajagakita

#jagakebersihanalamsekitar


Sunday, 12 January 2020

THE PARC Ecohill

Assalamualaikum....

Lama tak update blog ni... almaklumlah... dah hujung2 tahun mmg sebuk.
Cuti akhir tahun baru ni, sy sekeluarga berkesempatan menjelajah tempat yg menarik di Ecohill.. antara nya THE PARC. Kami sekeluarga melakukan aktiviti jogging... sambil bergambar.  Tapi di sini bukan saje UTK beriadah malah anak2 blh bermain menggunakan kemudahan yg ada....memang menarik....

Selepas kami menghabiskan masa di sini... Hajat di hati nak meneruskan pula aktiviti hiking BUKIT BROGA... Tapi memandangkan cuaca tidak mengizinkan kami terus ke kedai mamak pekena roti canai di Ecohill Taipan...next time Sy update LG tempat yg menarik di Semenyih..
Antara permainan yg disukai kanak2

Kalau dtg xsah xambil gambar



Puncak atas sekali... Mmg memandangan sangat cantik


Monday, 29 July 2019

Sunday, 19 May 2019

Naiktaraf Jun 2019

Assalamualaikum..

Alhamdulillah... Kufi Homestay D'Semenyih telah menaiktaraf kemudahan yg ada... Dengan penambahan aircond di bilik kedua dan juga WiFi UTK para tetamu yg mengunjung....

Jangan risau harga masih berpatutan UTK anda.....

Jom dapatkan homestay yang menarik dan tertarik dengan kemudahan  kolam renang,taman permainan dan gym . Boleh mandi sampai jam 10 malam.

*FREE WIFI*

 Hanya di Kufi Homestay D'Semenyih @SETIA ECOHILL penginapan  yang selesa untuk keluarga...  πŸ’“πŸ’–πŸ’–View mengadap kolam renang, taman permainan dan gym .

πŸ„3 bilik berkatil Queen,πŸ„2 bilik air,
πŸ„bilik utama +aircond +kipas+ bilik air +water heater
πŸ„ Bilik kedua + kipas + aircond
πŸ„ Bilik ketiga + kipas
πŸ„ tv flat screen 40 inciπŸ„ swimming pool
πŸ„ gym.
πŸ„taman permainan
πŸ„24 jam CCTV Dan sekuriti
πŸš—πŸš— 2 parking kereta disediakan
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
✅Ahad- Khamis = RM 200
✅Jumaat = Rm 220
✅ Sabtu = RM 240
✅ Cuti sekolah/ cuti umum = RM240
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
πŸ‘«πŸ‘­πŸ‘¬ MAKSIMUM KUANTITI : *10 orang (dewasa dan kanak-kanak*)

πŸš—πŸš—Kemudahan sekitar

✅ 3 minit ke Ecohill Taipan... Ada Setia Rm2, Mr DIY, kedai makan Mamak, Speedmart 99, kedai basah DLL
✅ 3 minit ke kedai dobi baju (Taipan)
✅ 5 minit ke Tesco,KFC
✅ 5 minit ke Petronas
✅ 5 minit ke Kem PGA Semenyih
✅ 7 minit ke Kolej Profesional MARA Beranang
✅ 7 minit ke MARA Japan Industrial Institut (MJII)
✅12 minit ke Beranang
✅ 10 minit ke Bangi
✅ 15 minit ke Nilai 3
✅ 20 minit ke Cheras
✅ 22 minit ke Putrajaya
✅ 30 minit ke Kuala Lumpur


Monday, 29 April 2019

Saturday, 6 April 2019

Thursday, 28 March 2019

Friday, 15 March 2019

Friday, 1 March 2019

Thursday, 21 February 2019

upgrade sikit.....

Alhamdulillah....selesai juga penambahbaikan dari semasa ke semasa ... upgrade sikit je... yang pastinya untuk keselesaan customer di Kufi Homestay D'Semenyih.

Insyaallah... kita akan sentiasa memastikan yang terbaik untuk anda..

Bila menginap di sini, anda akan berasa seperti menginap di rumah sendiri... dengan pemandangan yang cantik pasti akan menghilangkan rasa tensionnnn bekerja kan.....

Apa yang penting anda gembira dan selesa untuk terus menempah di Kufi Homestay D'Semenyih pada masa akan datang.

Jumpa Lagi




Sunday, 17 February 2019

Keistimewaan Kufi Homestay D'Semenyih

🏑🏑Kufi Homestay D'Semenyih
πŸ••Check in
2.00 petang
πŸ••Check out
12.00 tengahari

πŸ„πŸ„Kemudahan sedia ada
1⃣ Kolam renang🏊🏻‍♀🏊🏻‍♀🏊🏻‍♀
Masa ➡7.00 pagi - 10 malam.
Pakaian➡ baju mandi yg lengkap atau baju jersey.
Keselamatan ➡ tanggungjawab sendiri.
✅keringkan badan terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam lif

2⃣gym
Masa ➡ 6.00 pagi - 10.00 malam.
Pakaian➡ yang bersesuaian dan memakai kasut.
Keselamatan ➡ tanggungjawab sendiri
✅ Pastikan lampu,kipas dan aircond ditutup selepas keluar

Sunday, 10 February 2019

TARIKAN DI SEMENYIH





TEMPAT MENARIK DI SEMENYIH

Assalamualaikum.....

Siapa sangka..semenyih yang dulu tidak dikenali rupa-rupanya mempunyai tarikan yang tersendiri....

Jom kita terokai bersama..... admin pun tak sampai lagi... nanti admin pergi..admin share gambar ye.... Antara tempat yang berdekatan dengan Semenyih

TARIKAN DI SEMENYIH
1 - Sungai Tekala 


Image result for sungai tekala semenyih


Image result for sungai tekala semenyih

Merupakan salah satu pusat rekreasi air terjun yang popular di daerah Hulu Langat selain Sg. Congkak dan Sg. Gabai. Dari pekan Semenyih nak ke Sungai Tekala anggaran 20 minit je (14km).

Waktu Operasi: 7.00pagi - 6.00ptg

Entrance Fee: RM1.00 untuk dewasa dan 0.50 kanak-kanak bawah 12 tahun.

Aktiviti: Boleh piknik, mandi-manda dan BBQ.

Informasi lanjut & Alamat: 

Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah,
KM11(Batu 7), Jalan Cheras,
43200 Cheras, Selangor.
Tel : 603 – 9075 2885
Fax : 603 – 9075 6022


2 - Dam Semenyih

Image result for dam semenyih



Dam atau Empangan Semenyih merupakan kawasan tadahan air bagi penduduk Semenyih. Kalau anda rasa nak lihat keindahan pemandangan kehijauan tumbuhan atau air yg kebiru-biruan boleh la datang ke sini ambil angin. Kat sini ramai kaki pancing juga tau.


3 - Ostrich Wonderland

Image result for ostrich wonderland semenyih



Ostrich Wonderland merupakan ladang penternakan burung ostrich yang terletak di jalan Sg. Lalang menghala ke Sg. Tekala. Jalan masuknya agak dalam sikit, anda kena masuk melalui kawasan perumahan kampung terlebih dahulu untuk sampai kesini. Alang-alang dah bermandi-manda di Sungai Tekala, sebelum pulang singgah la sini pula. Apa yang menariknya disini? Haa... anda boleh berkenalan dengan burung ostrich yg pernah viral suatu masa dulu si 'Chickaboo' yg pernah terlepas kat atas highway, ingat lagi tak. Selain dari Ostrich ada haiwan lain juga disini seperti kuda, kambing, keldai, ayam, monyet dan banyak lagi, semuanya boleh pegang tau.

Ingin tahu info lebih lanjut mengenai harga tiket masuk dan aktiviti lain disini sila klik link >>Ostrich Wonderland, Semenyih . 


Anda juga boleh mencuba memijak telur Ostrich ni untuk membuktikan betapa kuatnya telur Ostrich ini. Tak percaya? tgk aje foto di atas ini. 


4 - Semenyih Eco Venture



Untuk penggemar aktiviti sukan lasak atau team building company anda boleh datang dan stay di Eco Venture Resort & Recreation, Semenyih ini. Kemudahan dan kelengkapan penginapan serta aktiviti yang disediakan disini sangat lengkap, diantaranya;

Facilities

  • Swimming Pool
  • Multi-purpose Hall
  • Function Hall
  • Seminar Hall
  • Karaoke Rooms
  • Surau
  • EcoVenture Cafe
  • ABK Restaurant
  • Arhanpa Thai Restaurant


Activities





Bilik-bilik penginapan yang disediakan juga sangat unik dan menarik, pilih sahaja anda mahu bermalam di container room, tube room, villa, hostel/Dorm atau Camp. 

Tube room

Container room

Diantara kemudahan untuk aktiviti disini.

Untuk maklumat lanjut;

Alamat: Lot No. PT 1351, Jln Sg. Lalang Semenyih,
43500 Semenyih, Selangor.

Telephone: 017-4209358



5 - Sg. Lalang Hotspring Semenyih

Tidak ramai yang mengetahui kewujudan kolam air panas ini, 


Tempat ini dibuka pada setiap hari pada pukul 6.00am-10am & 4.30pm-1.00am. Ditutup pada pukul 10.00am-4.30pm kerana cuaca panas. 

Harga untuk masuk bermandi di kolam air panas ini adalah seperti berikut;

Dewasa: RM3.00
Kanak-kanak: RM2.00/bawah 3 tahun RM1.00


6 - Broga Hill

Broga Hill merupakan tempat pendakian bukit yang paling popular sejak tempat ini dibuka seterusnya telah mempopularkan lagi Semenyih. Jika anda seorang peminat hiking dan suka melihat keindahan panorama dari puncak Broga Hill anda harus masukkan tempat ini dalam list anda.





7- SP Setia Ecohill Parc

Jika ingin beriadah dihujung minggu bersama keluarga Setia Ecohill Parc sangat sesuai untuk seluruh ahli keluarga. Disini anak-anak kecil boleh bermain di taman permainan yang telah disediakan manakala ibu dan bapa pula boleh bersenam dengan menggunakan kemudahan alatan senaman yang terdapat disini. Anda juga tidak perlu membawa basikal jika ingin berbasikal kerana semuanya telah disediakan.

Image result for SP Setia Ecohill Parc
Di kemuncak 92.1m ini aktiviti bermain layang-layang sangat sesuai kerana keadaan cuaca yg berangin.



Boleh tgk sunset juga tau atas puncak Eco Hill Parc ni.

Rekaan taman permainan yg moden dan lain daripada yang lain.

8. Setia Ecohill 2 Adventure Park

Tempat ini baru dibuka... anak-anak muda pasti menyukainya....apatah lagi yang ingin menguji stamina....


Image result for setia ecohill 2 adventure park
9. South Creek Setia Ecohill 2

Siapa yang ingin berehlah dan beriadah.. boleh mengunjungi tempat ini... waktu petang suasana di sini amat meriah dengan anak2 kecil bersama keluarga. Selain itu, turut disediakan basikal sewa untuk dibawa bersiar-siar di kawasasn taman ini. 

Image result for South Creek Setia Ecohill 2




10 - Bangi Wonderland

Taman tema air yang pertama di Bangi. Walaupun lokasinya terletak di Bangi tetapi ianya masih lagi berhampiran dengan Semenyih.

Ada pelbagai kemudahan aktiviti yang menarik disini seperti Anaconda Trail, Body Slide, Boomeriang, Green Pearl, Insane Racer, Kids Adventure, Magic Funnel, Pirates Bay dan banyak lagi.





Untuk mengetahui harga tiket, promosi dan lain-lain;

Wonderland (Bangi) Theme Park Sdn Bhd
NO. 2, Persiaran Bangi Avenue,
Bangi Avenue,
43000 Kajang, Selangor.

Website: Bangi Wonderland


11- Lady Bird Organic Farm

Merupakan tarikan baru di Semenyih. Lokasinya yg terletak di Jalan Broga Hill dan ladang ini berkonsepkan tanaman organik serta boleh dilawati oleh orang awam. Sangat sesuai untuk educational tour kanak-kanak tadika dan sekolah rendah. 







Jika anda ingin membeli sayur-sayuran organik atau ingin melawat seluruh kawasan ladang organik ini bersama-sama keluarga anda boleh terus datang kesini atau;


Lot 1731, Batu 25, Jalan Broga, Semenyih
Semenyih



Call 016-610 3981


terima kasih...kredit kepada   http://diariashmira.blogspot.com/    atas perkongsian bersama......

About Me

D'camellia Apartment, Jalan Ecohill 1/2, Setia Ecohill,43500 Semenyih, Selangor, Selangor, Malaysia
Selamat Datang Ke Kufi Homestay D'Semenyih. Kami Menyediakan penginapan yang selesa untuk anda. Sebuah percutian yang menyeronokkan.